Kerjaya kelab Raúl_Jiménez

América

2011–12

Beliau membuat debut profesional bersama America ketika kejohanan Apertura 2011 menentang Monarcas Morelia, di mana keputusan seri 1-1. Jiménez menjaringkan gol pertamanya pada 30 Oktober namun pasukannya tewas 3-2 kepada Puebla. Beliau menajaringkan gol pada 2 minit perlawanan. Beliau bermain enam kali dan menjaringkan satu gol dalam debut kejohanannya.

2012–13

Selepas mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Musim Panas 2012 bersama Mexico, Jiménez akhirnya termasuk dalam kesebelasan utama untuk menghadapi kejohanan Apertura 2012. Beliau bermain sebagai penyerang kedua bersama Christian Benítez dengan posisi 5-3-2 oleh pengurus Miguel Herrera. Beliau juga menukar jersi dari nombor 49 sehingga 9. Jiménez menjaringkan gol pertamanya pada musim baharu pada 15 September, menang 2-0 ke atas Santos Laguna. Jiménez memiliki kad merah ketika América menang 2–1 ke atas San Luis, bermaksud beliau terlepas perlawanan "Clásico" menentang Guadalajara. Pada 3 November, beliau menjaringkan gol keduanya ketika pasukannya menang besar 4–0 ke atas Pachuca. Jimenéz menamatkan musim kejohanan dengan 16 penampilan dan menjaringkan empat gol.

2013–2014

Ketika perlawanan play-off Clausara 2013, Jiménez menjaringkan hatriknya dari skor 1-3 sehingga menang 4-3. Jiménez menghabiskan musimnya dengan 17 penampilan dan menjaringkan lapan gol dalam masa 1,458 minit bermain. Kemudian, beliau berpindah ke kelab Eropah selepas aksi Piala Dunia FIFA 2014.

2014–2015

Selepas mengambil bahagian di Piala Dunia FIFA 2014, Jiménez kemudian berkait dengan perpindahan ke FC Porto. Walau bagaimanapun, beliau memulakan musim Apertura 2014 bersama America dengan impak besar apabila menjaringkan empat gol dalam tiga perlawanan pertama. Beliau menjaringkan hatrik ketika menentang Puebla dan membuat hantaran kepada Oribe Peralta untuk menjaringkan gol pertama America dan keputusannya America menang 4-0. Beliau bermain dalam perlawanan terakhirnya bersama América pada 9 Ogos 2014 menentang Tigres di mana beliau membuat hantaran kepada Miguel Layún untuk menjaringkan gol kemenangan, 2-0.

Atlético Madrid

Pada 13 Ogos 2014, Atlético Madrid mencapai persetujuan bersama Jiménez dengan bayaran yang dilaporkan mencecah €11 juta. Pada hari berikutnya, beliau menandatangani kontrak enam tahun selepas menjalani ujian kesihatan. Beliau membuat debut untuk Atletico pada 16 Ogos dalam perlawanan terakhir perlawanan pra-musim Trofeo Ramón de Carranza menentang Sampdoria, beliau kemudian dikeluarkan pada minit ke-79. Atlético menang 2–0.

=2014–15

Beliau membuat penampilan pertama bersama Atletico di kejohanan tempatan dalam Supercopa de España pada 19 Ogos, terikat seri 1-1 menentang Real Madrid. Beliau bermain 12 minit terakhir menggantikan Mario Mandžukić.[1] Jiménez membuat debut La Liga pada 25 Ogos menentang Rayo Vallecano. Beliau menjaringkan gol liga pertamanya untuk Atlético pada 27 September, menang 4–0 ke atas Sevilla.